Kalau bercakap tentang jodoh dan perkahwinan, dua topik ini memang boleh buat excited. Siapa tidak mahu ada teman hidup, bukan? Tapi, bila kami tanya orang yang sudah kahwin, ramai yang malu-malu nak cerita pasal pengalaman mereka bercinta dulu-dulu!

Mana tidaknya, ada yang tidak pernah sangka pun mereka akan jadi suami isteri dan ada juga yang sudah jatuh cinta dengan pasangan sejak dari kecil lagi. Macam kisah cinta dua pasangan yang terlebih sweet ini. Memang ‘bersemut’ habislah!

Sudah ‘suka’ sejak umur 8 tahun lagi

Siapa sangka, si dia yang pernah mencuri pandangan sewaktu kecil dulu kini sudah jadi isteri tercinta. Kalau anda mahu tahu, kisah cinta pasangan comel ini milik Raihan dan Haris. Bercerita lanjut tentang perkenalan mereka, Haris dan Raihan dikatakan pernah berjumpa sewaktu berusia 8 tahun lagi.

Raihan-_-Haris-49
Sumber: Instagram The Weding Notebook & Twins Photography

Pada ketika itu, mereka berdua menemani ayah masing-masing untuk menghadiri sebuah acara yang sama di Port Dickson. Haris awal-awal lagi sudah terpukau dengan perwatakan comel Raihan tahu. Memandangkan keluarga mereka agak rapat, boleh dikatakan Haris dan Raihan membesar bersama dan kerap berjumpa. Haris yang ketika itu masih muda tidak tahu macam mana nak luahkan perasaan pada Raihan.

Raihan-_-Haris-4
Sumber: Instagram The Weding Notebook & Twins Photography

Tapi, betul lah kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Selepas mereka pulang dari UK, Raihan berjumpa semula dengan Haris. Kali ni, Raihan sendiri mula jatuh hati dengan prince charming ini. Mereka berdua kemudiannya mula luangkan masa keluar bersama dan berkongsi cerita. Akhirnya, hubungan cinta Haris dan Raihan berjaya ke jinjang pelamin.

Gigih scroll Facebook satu persatu

Babak perkenalan Michelle dan Matthew pula boleh dikatakan ala-ala novel cinta tau. Mereka berdua dikatakan bertemu secara tidak sengaja di sebuah gereja di Kuala Lumpur selepas Michelle pulang dari Amerika.

Pada hari itu, hujan turun renyai. Matthew secara tiba-tiba muncul dan mempelawa Michelle untuk memayungkan dia ke kereta. Tapi, Michelle menolak dengan sopan dan memilih untuk meredah hujan terus ke kereta.

TWN_S_ECO_0028
Sumber: The Wedding Notebook & Joshua Koh Photography

Peristiwa singkat itu membuatkan Matthew tekad untuk lebih mengenali Michelle. Berbekalkan nama pertama ‘Michelle’, Matthew mula membuat carian di media sosial dan apa yang mengejutkan dia berjaya menemui Facebook gadis cantik ini.

Screenshot 2020-02-25 at 1.37.02 PM
Sumber: The Wedding Notebook & Joshua Koh Photography

Kegigihan Matthew nampaknya membuahkan hasil. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Tapi Matthew terus mencuri peluang menambat hati Michelle dan akhirnya mereka bergelar pasangan kekasih. Selepas lebih kurang dua tahun bersama, Matthew melamar Michelle sebagai isteri dan mereka berkahwin pada 19 Januari 2019.

Mimpi indah kini jadi kenyataan

Bagi kedua-dua pasangan romantik ini, angan-angan mereka untuk bersama dengan si dia kini bukan lagi mimpi. Apatah lagi dapat membina rumah tangga dengan orang yang kita cinta sudah tentu achievement yang paling besar dalam hidup kan?

Ecoworld-couples

Dan bila sudah berkahwin ini, banyak lagi perkara yang mereka suami isteri boleh achieve bersama contohnya pergi melancong bersama dan beli rumah idaman! Apa yang mengagumkan kami, kedua-dua pasangan ini sudah pun miliki rumah idaman mereka melalui program #InstaYours.

Pre-book atau sewa dulu, beli kemudian

Bagi anda atau mana-mana individu yang masih mencari rumah idaman, kami sarankan anda pilih program pemilikan perumahan #InstaYours yang diperkenalkan oleh EcoWorld! Melalui program ini, anda mempunyai pilihan sama ada ingin buat tempahan awal bagi rumah EcoWorld yang masih dalam pembinaan atau boleh juga pilih untuk menyewa mana-mana rumah siap EcoWorld atas program #InstaYours selama tempoh 5 tahun.

ecoworld3

Menariknya, andai kata anda buat keputusan untuk beli rumah dalam tempoh 5 tahun sewaan tersebut, anda boleh miliki rumah idaman itu dengan harga yang sama seperti anda mula-mula pindah masuk dulu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga insentif khas disediakan oleh pihak EcoWorld bagi penyewa yang setuju untuk beli rumah pada tahun kedua atau tahun ketiga sewaan. Untung!

Lebih berbaloi dan tak ada downpayment

Bila nak beli rumah, ramai yang runsing tentang downpayment betul tidak? Apa yang best tentang #InstaYours ialah anda sebenarnya tidak perlu bayar downpayment pun. Sebaliknya, cuma perlu sediakan deposit 3 bulan sahaja untuk lock rumah EcoWorld!

ECOWORLD-Instayours

Maybank akan menawarkan pinjaman selagi mana anda mengekalkan rekod bayaran balik dengan sempurna bersama program #InstaYours. Apa yang pasti, anda yang pilih rumah di bawah program #InstaYours ini, bayaran bulanan rumah #InstaYours lebih rendah daripada mortgage tradisional.

#InstaYours bantu realisasikan impian!

Screen_Shot_2019-12-18_at_12.55.40_AM__1___1_

Fikir apa lagi itu? Lepas ini, kalau ada keluarga atau kenalan anda mencari rumah sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, atau Iskandar Malaysia, beritahu mereka #InstaYours adalah pilihan terbaik yang mampu merealisasikan impian mereka dengan lebih cepat dan mudah.

Sebarang maklumat lanjut tentang program #InstaYours, anda boleh layari laman sesawang Ecoworld sekarang!

Itu cerita tentang rumah, apa kata baca faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum majlis perkahwinan pada pautan di bawah ini.

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

5 Faktor Penting Pilih Lokasi ‘Outdoor Shoot’ Majlis Perkahwinan Anda

Ini Idea Hadiah Perkahwinan Yang Berguna Untuk Pengantin