Mungkin ada diantara kita yang pernah mendengar berita tentang seorang rakyat Malaysia yang yang mengetuai 28 ahli sains, juruteknologi dan jurutera dalam satu program astrobiologi pertama NASA digelar “SporeSet”.

Pada April 2014, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim membuktikan semangat Malaysia Boleh apabila menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas. Bukan calang-calang orang boleh dapat penghormatan sebegini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Penang Kini

Ketika hanya berusia 36 tahun, Dr Wan Wardatul telah mengetuai sekumpulan 28 saintis, pakar teknologi dan jurutera untuk mengkaji program astrobiologi pertama di agensi itu. Program berkenaan membuat kajian secara terperinci untuk menguji bagaimana sel hidup akan bertindak balas kepada kekurangan graviti.

Projek ini akhirnya dilancarkan sebagai nanosatellite bersama sebuah roket SpaceX sebagai sebahagian perjalanan NASA untuk ke misi Marikh.

Perjalanan beliau dengan Nasa bermula apabila dia masih lagi seorang pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Minnesota. Disebabkan ingin menimba ilmu, dia secara sukarela bekerja di makmal.

Sumber: Instagram World Hijab Day

Menurut wanita kelahiran Pulau Pinang ini, dia bermula bekerja di situ sebagai pencuci kaca slaid dan penutup mikroskop tetapi kerana saya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka mula mengambil saya sebagai pekerja dan diberi peluang keemasan berkenaan.

Namun setelah 5 tahun bersama dengan Nasa, Dr Wan Wardatul yang kini berusia 41 tahun kembali ke tanah air pada hujung 2014 untuk membina mesin ringkas bagi disumbangkan kembali kepada komuniti.

Beliau telah membangunkan alat pengesan bagi mengenalpasti sample air untuk mengesan bakteria berbahaya. Alat ini amat berguna apabila ketika musim banjir melanda.

Dengan perkongsian kisah ini dapat memberikan inspirasi buat rakyat Malaysia untuk terus mencipta nama mengharumkan nama negara tercinta kita ini.

Baru-baru in NASA memperkenalkan kapal terbang elektrik pertama di dunia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

NASA Perkenal Kapal Terbang Elektrik Pertama Dunia

NASA Tawar Penginapan Di ISS Dengan Harga RM145,180 Satu Malam

Pelajar Sarawak Terpilih Antara Pemenang Rekaan Logo Anjuran NASA

Sumber