Anjing sememangnya diketahui sebagai haiwan yang agak garang maka tidak hairanlah jika mereka ini sentiasa dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan dan keadaan sekitar.

Bagaimanapun, jika berjumpa dengan yang mesra- seperti sentiasa dikongsikan pemilik-pemilik haiwan ini di media sosial, pasti hati sesiapa saja akan cair melihat kelembutan dan kesetiaan mereka terhadap tuannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti persahabatan antara anjing jalanan dan lelaki ini di Johor yang tular di media sosial dan dilaporkan di beberapa portal berita tempatan sejak beberapa hari lalu.

Video pendek yang dikongsikan di Twitter ini menunjukkan reaksi anjing tersebut yang kelihatan berada dalam keadaan sedih apabila beliau difahamkan mahu pulang dari tempat kerjanya.

https://twitter.com/AtukNature/status/1295760183319093249

Perkongsiannya di akaun Twitter itu sejak beberapa hari yang lalu mula mendapat perhatian netizen dan telah dikongsikan sebanyak 8,000 retweet dan rata-rata terharu melihat persahabatan antara mereka berdua.

Bukan sahaja mengagumi kemesraan antara mereka berdua, namun netizen juga turut berkongsikan pengalaman mereka bersama anjing sebelum ini.

Bagaimana boleh mesra?

Menurut Harian Metro, lelaki tersebut Mohd Ridhuan Daud yang bekerja di salah sebuah kedai serbaneka di Johor itu memberitahu anjing tersebut membuat kemunculan secara tiba-tiba di tempat kerjanya baru-baru ini.

Anjing jalanan itu bagaimanapun jelas beliau pernah diberi makan olehnya suatu ketika dahulu di kawasan pantai berhampiran rumahnya.

Namun selepas lama tidak berkunjung ke pantai tersebut, beliau memberitahu anjing itu baru-baru ini datang mencari beliau di tempat kerjanya yang terletak kira-kira 200 meter dari pantai tersebut.

“Saya selalu pergi ke pantai berkenaan untuk ambil angin dan ketika itulah bertemu dengan anjing berkenaan.

“Mulanya memang takut kerana terdapat beberapa ekor (anjing) lagi di situ tetapi anjing berkenaan tidak bertindak agresif jauh sekali mengejar atau cuba mencederakan saya.

“Sejak itu, saya jadi berani untuk memberi makan,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai anjing tersebut, beliau memberitahu mereka sebenarnya datang secara berkumpulan ke pejabatnya namun kini hanya tinggal seekor selepas dua daripadanya diambil pihak berkuasa manakala seekor lagi berkeliaran di kedai makan.

Baca juga kisah ‘persahabatan’ antara posmen dengan anjing ini yang sentiasa menantikan kehadirannya menghantar surat di Perak di pautan di bawah.

‘Memang Jinak, Sudah 4 Tahun Kenal’- Telatah Anjing Sambut Posmen Di Perak Ini Buat Netizen Terhibur

Niat Murni Harith Iskander Bela Anjing Berkaki Dua Dikecam Netizen

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa