Wabak pandemik COVID-19 yang menular sejak tahun lalu telah mengubah kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Ketika ini, vaksin perlu diambil oleh setiap orang bagi mencegah dan mengurangkan gejala jika dijangkiti wabak tersebut.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik pengguna TikTok @sabrinabalkhishah memaparkan perjalanannya bersama abangnya ke Amerika Syarikat dari Pulau Pinang untuk mengambil vaksin yang pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@sabrinabalkhishah/video/6997749716666551558

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menimbulkan tanda tanya. Rata-rata netizen tertanya bagaimana Sabrina dan abangnya boleh ke Amerika Syarikat untuk mengambil vaksin.

Malah, ada juga netizen yang berasa cemburu kerana mereka dapat ‘berjalan’ walaupun sekadar untuk ambil vaksin. Untuk pengetahuan anda, Sabrina bersama abangnya yang ke Malaysia pada bulan Mac lalu kerana mendapat tawaran belajar di UITM membuat keputusan untuk pulang ke Amerika Syarikat berjumpa ibu bapa mereka sempena cuti semester.

photo_2021-08-20_10-16-22

photo_2021-08-20_10-16-19

photo_2021-08-20_10-16-15

photo_2021-08-20_10-16-11

Ini kerana, mereka sekeluarga telah berpindah ke Amerika Syarikat sebelum ini apabila ayahnya ditugaskan bekerja di pejabat kedutaan. Menjawab persoalan netizen kenapa mengambil vaksin di luar negara, Sabrina menerangkan bahawa dirinya dan abangnya belum mendapat temu janji vaksin di Malaysia.

Apabila mendapat tarikh temu janji, tarikh tersebut sama dengan jadual penerbangan mereka ke Amerika Syarikat lalu mereka membuat keputusan mengambil vaksin di sana kerana lebih mudah.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih daripada separuh juta tontonan. Malah, Sabrina juga jarang muat naik video dimana hanya setahun sekali saja berdasarkan tarikh pada setiap videonya dan membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan memuat naik dua video.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen

Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Tindakan Individu Positif COVID-19 Ini Buat Netizen Bengang

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen