Fuying & Sam atau dikenali sebagai FS mula dikenali sejak tahun 2013 dengan membawakan genre pop Cina. Pada tahun 2014, duo muzik dinamik ini mengeluarkan album pertama mereka Love Temperature.

Fuying dan Sam bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga telah meluaskan pengaruh dan peminat mereka ke Taiwan. Bukan itu sahaja, FS turut pernah memenangi anugerah muzik seperti Best New Artist, Top 10 Hottest Local Tracks, My Astro Best Single Top 25, Best Group Award dan Outstanding Regional Artiste.

Untuk pengetahuan anda, Fuying dan Sam pada mulanya bukanlah berkawan rapat tetapi hanyalah rakan sekelas. Fuying muda 3 tahun daripada Sam lulus dahulu dari kursus latihan dan diikuti oleh Sam.

Disebabkan Fuying masih muda iaitu berumur 15 tahun ketika tamat pengajian, syarikat kursus latihan tersebut telah tandatangan kontrak selepas Fuying tamat sekolah menengah dan sama juga seperti Sam.

Difahamkan, Fuying dan Sam mulai menjadi penyanyi duo apabila mereka menyedari suara mereka harmoni ketika bersaing untuk merebut peluang menyanyikan soundtrack dalam filem Kepong Gangster. Sebagai penggiat seni tempatan, mereka yang sering membuat persembahan di Taiwan dan China berharap karya mereka dapat diterima semua rakyat Malaysia.

Terbaharu, RAM Entertainment bersama Yippi dan Day One Day One Noodles membawakan FS (Fuying & Sam) ∞ Infinity Global Exclusive Online Music Live yang akan bersiaran secara percuma di sosial platform hiburan Yippi pada 28 November ini bermula pukul 8.30 malam.

FS_Square

Live Music Eksklusif Global FS Online Infinity dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-8 FS (Fuying dan Sam) dan didedikasikan untuk semua peminat dan rakan kongsi yang telah menyokong serta membantu perjalanan mereka sejak awal. Jangan terlepas temu janji anda bersama Fuying dan Sam!

Tahukah anda kisah perjalanan IU sebelum menjadi pelakon dan penyanyi Korea terkenal? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?

Sumber