Kemiskinan bukanlah penghalang bagi seorang manusia jika beliau mahu berjaya di dalam hidup. Malah, tekad dan usaha serta sifat tidak mahu mengalah adalah kunci kepada kejayaan hidup.

Itulah yang telah ditunjukkan oleh Muhammad Azlan al Amin, seorang anak kelahiran Kelantan yang mempunyai kisah inspirasi untuk keluar daripada kemiskinan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berusia 32 tahun, Muhammad Azlan pernah bekerja sebagai pengutip sampah di sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada tahun 2005, lapor The Star.

Antara pengalaman pahit yang pernah di alami oleh Muhammad Azlan adalah membawa pulang sisa makanan yang telah dibuang orang untuk diberi kepada keluarganya.

“Keluarga kami pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut.” Katanya.

Beliau turut menceritakan bahawa ibunya pernah menangis apabila menjumpai ulat sampah di dalam kocek bajunya. Pengalaman-pengalaman ini adalah antara pencetus kepada perubahan hidup beliau.

72525132_699608087116997_8728613957796888576_o
Facebook : Muhammad Azlan Al-Amin

Maka pada tahun 2010, selepas usahanya dalam bidang pertanian menemui jalan buntu, berbekalkan RM1.30 Muhammad Azlan tekad untuk berhijrah keluar dari Besut dan menuju ke Jertih.

Di sana, beliau bernasib baik apabila ditemukan dengan seorang individu yang ikhlas mahu membantu Muhammad Azlan keluar dari kemiskinan hidup dan mengubah nasib keluarganya.

Individu tersebut telah menawarkan kerja kepada beliau sebagai ejen hartanah dan daripada situlah bermulanya titik perubahan dalam hidupnya sehinggalah tertubuh Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd.

Berkata kepada media ketika majlis pelancaran buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muhammad Azlan tidak kekok untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

75199932_719910871753385_8564615265868840960_n
Facebook : Muhammad Azlan Al-Amin

Bagi beliau selain daripada berusaha keras untuk maju kehadapan. Amalan bersedekah, rajin beribadah serta menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa juga menjadi kunci kepada kejayaannya.

“Jadikan kemiskinan itu sebagai motivasi dan kekayaan itu sebagai inspirasi, apabila memperoleh rezeki kita perlu berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada semua.”

“Ketika kesempitan, kita jangan lupa beribadah dan bersedekah, dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan menghargai pengorbanan ibu bapa kerana merekalah yang turut memberkati dan merestui rezeki kita,” Katanya.

Untuk anda yang mahu mengenali serta mengetahui rahsia kejayaan beliau, anda boleh dapatkan bukunya ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ yang sudah mula dijual.

Semoga kisah Muhammad Azlan menjadi pencetus kepada para pembaca untuk terus berusaha di dalam hidup.

Di bawah ini kami listkan beberapa kisah inspirasi lain untuk korang jadikan teladan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Gagal SPM Bukan Penghalang 3 Individu Ini Raih Pendapatan RM19,000 Sebulan

Remaja 16 Tahun Ini Jadi ‘Rider’ Untuk Ringankan Beban Keluarga Buat Netizen Tersentuh Hati

Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan

Sumber