Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ramai di antara kita yang masih menganggap kanak-kanak merupakan golongan yang masih lagi tidak matang disebabkan faktor umur dan fizikal mereka yang masih terlalu muda tidak seperti orang dewasa. Tetapi perlu diketahui bahawa sesetengah kanak-kanak ini mempunyai fikiran yang matang sama seperti orang dewasa

Minggu lepas telah tular satu surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak kepada ahli jawatan kuasa surau yang menyuarakan kekecewaannya kerana telah dihalau ke saf belakang ketika solat di saf hadapan.

Walau bagaimanapun, surat tersebut telah ditulis sejak dua tahun yang lalu namun kembali tular di laman media sosial sehingga mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Terbaru, adik Nadzrul Zarfan yang kini berusia 10 tahun telah dijemput untuk bertemu dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Putrajaya.

Melalui satu kiriman di laman Twitter, tular video Nadzrul yang menjawab soalan wartawan dengan petah dan berkeyakinan.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah perwatakan yang ditunjukkan oleh adik Nadzrul Zarfan dilihat sangat matang seperti orang dewasa.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu, kanak-kanak itu berharap agar surau dan masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak dan tidak menghalau mereka ketika berada di saf hadapan.

Rata-rata netizen kagum dengan personaliti dan cara kanak-kanak itu bercakap dan berharap agar adik Nadzrul akan menjadi insan yang hebat di masa hadapan.

Diharapkan kanak-kanak di luar sana dapat mencontohi perwatakan yang dipamerkan oleh adik Nadzrul ini.

Terdahulu, kanak-kanak ini beli rumah berharga RM33 Juta dengan hanya pendapatan YouTube. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kanak-Kanak Ini Beli Rumah Bernilai RM33 Juta Hanya Dengan Pendapatan YouTube

Tular Gambar Pelajar Ini Baca Keputusan UPSR Depan Pusara Ibu Buat Netizen Sebak

Kesungguhan Kanak-Kanak Ini Kumpul Wang Beli ‘Corn Dog’ Membuatkan Netizen Tersentuh

Anda Mungkin Suka