Berjalan kaki dari Tanjung Malim, Perak ke Bentong, Pahang.

Bunyinya mungkin agak mustahil dan mengejutkan namun itulah yang terpaksa dilalui sekeluarga orang asal ini seperti yang dikongsikan @dniaphantom di Twitter baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui perkongsian yang dibuat itu, beliau berceritakan bagaimana bapanya terjumpa dengan keluarga berkenaan yang sedang berjalan kaki untuk pulang ke Bentong daripada Tanjung Malim.

Capture
Anggaran perjalanan dari tanjung Malim ke Bentong jika berjalan kaki menggunakan Google Maps

Menurut beliau, keluarga itu terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman selepas mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga hari lalu.

“Aku sangat tersentuh, ayah aku terserempak dengan Orang Asli ni. Sekeluarga jalan kaki dari Tanjung Malim ke Bentong.

“Google (Maps) tadi kalau jalan kaki 23 jam baru sampai. Katanya tiada duit sebab bos tak bayar gaji dah tiga hari,” kongsinya.

EkSE1UrVgAIpDBA
Keluarga orang Asli yang ditemui bapanya. Foto: Twitter @dniaphantom

“Ayah saya tanya nak ke mana semua yang dia boleh cakap kedengaran seperti tong tong macam tu jadi ayah cuba teka yang mereka ini nak ke Bentong dan rupanya betul.

“Kemudian dapat tahu lelaki itu ada isteri dekat Bentong dan anak dia dua orang pula duduk dekat Kuala Lipis dan kerja dekat sana. Bos dia pula tak bayar gaji dia call tiga hari dah tak jawab. ” kongsinya kepada The Vocket.

Menyedari perjalanan yang bakal dilalui itu agak jauh, bapanya kemudiannya menumpangkan keluarga berkenaan menggunakan kereta.

Bukan sahaja menumpangkan keluarga tersebut, malah bapanya difahamkan turut memberikan bantuan berupa makanan dan wang ringgit.

2

Dalam perkembangan terbaru yang dikongsikan beliau di Twitter, bapanya itu difahamkan telah menurunkan keluarga berkenaan berhampiran sekatan jalan raya di berhampiran Genting Highlands.

Bapanya juga difahamkan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenai situasi keluarga itu sebelum meninggalkan mereka.

Perkongsian daripada Dania itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 5,000 perkongsian di Twitter dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keluarga berkenaan.

Malah ia juga dilihat telah menarik perhatian beberapa pihak yang sudah mula bertanyakan maklumat lanjut untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya.

Baca juga kisah lelaki ini yang berjalan kaki sejauh 100km kerana tidak mahu merisikokan orang lain dengan COVID-19 selepas pulang dari Jepun di pautan di bawah. 

Tidak Mahu Ambil Risiko, Lelaki Ini Berjalan Kaki Lebih 100KM Selepas Tiba Dari Jepun

3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Sumber