Pada penulisan sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa tempat makan yang sedap dan halal di Taiwan ketika saya menerokai keindahan Taiwan selama 6 hari.

Untuk pengetahuan anda, saya telah ke Taiwan bersama rakan-rakan media lain dibawa khas oleh AirAsia dan Lembaga Pelancongan Taiwan (Taiwan Tourism Board) pada bulan Februari yang lalu.

Baca Juga:

@mimieyuzi

Best places for healing #fyp #foryoupage #foryourpageofficial #xyzbca #travel #traveltotaiwan #undiscovertaiwan #salamtaiwan #visittaiwan #jalanjalan #taiwan #love #fypgakni #explore #placetovisitintaiwan #mustvisittaiwan

♬ LOVE COUNTDOWN (Feat. Wonstein) – NAYEON

Oleh itu, saya ingin kongsikan kepada anda beberapa tempat yang meninggalkan memori terbaik kepada saya sepanjang percutian saya ke Taiwan yang merangkumi ibu kota Taipei, Taichung dan juga Kaohsiung. Jom ikuti perkongsian saya di bawah ini.

1. Taipei 101

Jika anda ke Taiwan, jangan terlepas untuk kunjungi Taipei 101, menara ikonik yang menjadi kebanggaan rakyat Taiwan dan ia merupakan bangunan ketiga tertinggi di dunia. Menara ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari dan anda dapat menikmati panorama Taipei dari observation deck atau membeli belah.

Berdekatan dengan Taipei 101, terdapat taman outdoor iaitu Military Families Community Park dimana masih mengekalkan beberapa bangunan lama dan anda dapat melihat menara Taipei 101 dari sini.

@vocket

Taiwan Lanterns Festival kini kembali di Taipei. Ini adalah sedikit sedutan kemeriahan festival tersebut yang akan berakhir pada 19 Februari 2023. @AirAsia @taiwantourismbureaumy #VacaywithAirAsiaX #undiscoveredtaipei #salamtaiwan #timefortaiwan #fyp #foryourpage #taiwanlanternsfestivalintaipei #lanternsfestival2023 #lanternfestival #taiwan #taipei #xyzbca

♬ 初光 (golden hour 中文版) – 刘宪华/JVKE

Ketika saya berkunjung ke sini, Taiwan Lantern Festival 2023 telah dianjurkan di Taipei dan festival ini telah menarik pengunjung tempatan dan juga luar negara untuk mengamati karya dengan ‘cahaya’ cukup memukau.

2. Shifen Old Street dan air terjun Shifen

Sesuai dengan namanya, Shifen Old Street adalah tempat di mana anda dapat melihat bandar kereta api lama yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisonal masyarakat zaman dahulu. Pada asalnya ia dibina untuk mengangkut arang batu, hentian Jalan Lama Shifen kini telah menjadi salah satu yang paling popular di laluan kereta api Pingxi.

Di sini, saya telah menulis hajat pada tanglung sebelum diterbangkan ke udara. Mengikut sejarah, tanglung ini dahulunya digunakan sebagai sistem isyarat bagi mereka yang tinggal dan bekerja dalam industri kereta api.

Berdekatan dengan Shifen Old Street ini terdapat air terjun Shifen. Perjalanan ke air terjun Shifen memerlukan anda untuk mendaki anak tangga dan mengambil masa dalam 20 minit untuk melihat keindahan air terjun ini.

Walaupun penat mendaki anak tangga tetapi kepenatan anda akan terbayar di saat melihat keindahan air terjun. Akan tetapi, saya nasihatkan untuk memakai baju yang tebal sedikit jika melawat pada bulan Februari kerana agak sejuk di sini.

3. Jiufen Old Street

Jika anda menonton filem Spirited Away, pastinya anda akan merasai tempat ini seperti dalam filem tersebut. Jiufen Old Street ini pada satu ketika dahulu adalah bandar kecil yang kaya dengan perlombongan emas sehingga diberi nama julukan ‘Golden Mountain City’ tetapi menjadi sepi selepas kemerosotan perlombongan emas.

Seni bina di sini masih bercirikan tradisional dan menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk membeli cenderahati dan juga mencuba pelbagai street food. Malah, anda juga dapat melihat keindahan gunung dan laut di sini. Kalau anda mahu membeli cenderahati untuk keluarga atau rakan, sinilah tempatnya dan anda dinasihatkan membawa wang tunai.

4. Ximending

Pastikan anda menginap di sekitar Ximending jika di Taipei, dan penginapan saya adalah di Amba Hotel dimana anda boleh berjalan kaki di sekitar ‘kawasan fesyen’ Ximending.

Kawasan Ximending ini sangat happening pada waktu malam dengan persembahan busker, persembahan silap mata dan banyak lagi. Malah, jika anda mahu membeli pakaian fesyen trend terkini, sinilah tempatnya kerana banyak butik dan kedai fesyen ada di sini.

5. Chung-she Flower Garden

Chung-she Flower Garden ini terletak di daerah Houli, Taichung. Ini adalah satu lokasi yang sesuai untuk anda yang memang suka bergambar kerana setiap tempat yang dipenuhi pelbagai spesis bunga akan memberikan ‘wow factor’ pada gambar anda.

Dari bunga mawar, bunga matahari, tulip dan banyak lagi spesis bunga yang boleh didapati di sini, selain mengamati keindahan bunga-bungaan dan bergambar, anda juga dapat menenangkan diri melihat keindahan alam.

6. Gaomei Wetlands

Gaomei Wetland ialah kawasan tanah lembap semula jadi yang terletak di pantai barat Taiwan, berhampiran Bandar Taichung. Destinasi ini terkenal dengan matahari terbenam yang menakjubkan dan pemandangan yang indah dimana menampilkan kawasan paya yang luas, dataran lumpur dan laluan air.

Sejujurnya, ini adalah lokasi yang menawarkan pengalaman tidak akan saya lupakan. Mana tidaknya, berjalan di atas dock sepanjang 800 meter dan seolah-olah berlawan dengan angin kencang serta saya hampir terjatuh kerana angin terlalu kuat.

@mimieyuzi

Almost fly #fyp #foryourpage #foryou #foryourpageofficial #xyzbca #travel #gaomeiwetlandtaichung #gaomeiwetlands #strongwinds #love #travel #visittaiwan #salamtaiwan #undiscovertaiwan #traveltotaiwan #taiwan #friends #airasia

♬ Angels Like You (Extra Sped Up) – Miley Cyrus

Walaupun begitu, jika saya diberi peluang maka saya akan datang kembali ke sini untuk melihat keindahan sunset di sini. Memang recommended untuk pergi bersama pasangan anda tetapi pastikan anda tidak memakai skirt ketika berkunjung ke sini.

7. Feng Jia Night Market dan Liuhe Night Market

Jika ke luar negara tetapi tidak mencuba street food mereka, memang rugi. Oleh itu, Feng Jia Night Market, Taichung dan Liuhe Night Market, Kaohsiung adalah pasar malam yang anda wajib pergi untuk food hunting.

Secara personal, saya suka food hunting di Feng Jia Night Market kerana lebih banyak pilihan makanan seperti sweet potato, jagung berkeju, jus buah dan banyak lagi.

8. Kaoshiung Lighthouse

Kira-kira 20 minit pendakian untuk anda sampai ke Kaohsiung Lighthouse yang berada di puncak. Untuk pengetahuan anda, ia juga dikenali sebagai rumah api Cihou dan anda akan dihadiahkan dengan pemandangan pulau Cijin yang indah apabila berada di puncak.

Apabila anda berada di puncak, selain dapat melihat keindahan pulau Cijin yang dikelilingi laut, anda juga boleh bersantai di sana sambil menikmati aiskrim atau kopi. Memang refreshing, almaklumlah penat mendaki.

9. Dome of Light

Ini merupakan salah satu keunikan di Kaohsiung, Taiwan di mana Dome of Light ini terletak di stesen MRT Farmosa Boulevard. Mesti anda tertanya-tanya kenapa ia menjadi tarikan ramai, bukan?

Mana tidaknya, karya seni pada kubah yang diperbuat daripada kepingan kaca berwarna-warni ini akan memukau semua pengunjung yang melihatnya. Memang cantik untuk bergambar di sini.

10. Pier 2 Art Center dan Love River

Kena dengan namanya, Pier 2 Art Center adalah tempat yang menghimpunkan pelbagai aktiviti seni dimana anda dapat menghayati banyak karya dan replika binaan seni. Untuk pengetahuan anda, Pier-2 Art Center ini dahulunya merupakan pelabuhan tertua di Kaohsiung sebelum ia dibangunkan menjadi pusat kebudayaan.

Berdekatan Pier 2 Art Center, anda boleh menaiki cruise menyusuri Love River dan dapat melihat destinasi-destinasi menarik yang berada berdekatan dan untuk melihat keindahan matahari terbenam, anda boleh menaiki cruise pada waktu petang.

Keindahan Taiwan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dimana setiap bandar memiliki keunikannya tersendiri untuk memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke Taiwan.

Secara jujur, selama 6 hari di bumi Taiwan, apa yang dapat saya simpulkan adalah Taiwan bukan sahaja memiliki keindahan alam semulajadi tetapi ia juga satu destinasi yang kaya dengan sosio budayanya.

Sekadar makluman, AirAsia menawarkan penerbangan dengan kekerapan tiga kali seminggu ke Taipei dari Kuala Lumpur dan anda boleh membuat tempahan penerbangan di laman web AirAsia atau AirAsia Super App. Sebelum terlupa, jika anda belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.

@vocket

♬ original sound – Putri Fieyna – Putri Fieyna

Bukan itu sahaja, BigPay merupakan kad dengan tukaran wang asing terbaik yang anda boleh gunakan di Taiwan dan penggunaannya agak meluas. Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk membawa wang fizikal juga jika anda mahu membeli street food dan barangan souvenir di kawasan pasar atau terpencil. Bolehlah jadikan Taiwan sebagai destinasi untuk anda pergi selepas Aidilfitri nanti.