Kecoh sejak semalam di media sosial apabila tular sebuah video pergaduhan melibatkan tujuh pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek. Dilaporkan, pergaduhan yang berlaku pada 10.30 pagi ini berpunca daripada ejek-mengejek rakan sekolah.

Pergaduhan yang berlaku turut mendapat perhatian para netizen selepas rakaman pergaduhan oleh individu yang berada di sekolah terbabit dikongsikan di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang tular dapat dilihat para guru bertungkus-lumus berusaha meleraikan pergaduhan yang berlaku. Tidak kurang juga tukang rakam yang seolah membuat provokasi melibatkan para pelajar yang bergaduh serta guru.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah itu menerima panggilan dari pengetua sekolah memaklumkan kejadian.

Menurutnya, dua anggota PPS datang berjumpa pengetua sekolah bersama beberapa orang guru sebelum memberi nasihat dan amaran keras kepada pelajar terbabit.

Hasil siasatan anggota PPS bersama guru sekolah itu mendapati pergaduhan berpunca daripada ejek-mengejek seorang pelajar tingkatan empat kepada seorang pelajar tingkatan tiga ketika waktu rehat. Dilaporkan tiada kecederaan membabitkan pelajar terbabit dan semua pelajar mengakui kesalahan yang dilakukan.

Isu pergaduhan yang berlaku berjaya diselesaikan apabila para pelajar yang terlibat memilih untuk berdamai dan berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Memandangkan kejadian yang berlaku tidak membabitkan kecederaan, pihak pengetua dan sekolah bertindak untuk tidak membuat sebarang laporan polis serta akan mengambil tindakan disiplin kepada semua pelajar yang terlibat.

Netizen terhibur dengan gelagat lelaki ini yang tergolek bersama kek hari lahir sejurus selepas menendang seekor kucing.

‘Karma Is Real’- Pemuda Ini Tergolek Bersama Kek Selepas Tendang Kucing Bikin Netizen Terhibur

Bersahur Dengan Berocca, Menangi AirPods Pro, Nintendo Switch Dan iPad

Sumber