Waktu sukar banyak mengajar kita untuk lebih memahami bahawa hari tidak selalunya cerah dan hidup tidak pernah berhenti menduga tidak kira dalam apa pun situasinya. Beruntunglah orang-orang yang tidak keberatan untuk mengambil keputusan sukar dalam hidup ketika mereka dilanda sesuatu musibah.

Seorang pemuda yang bernama Lai, berusia 30 tahun, sebelum ini memperoleh pendapatan dengan enam angka setiap bulan terpaksa menukar kerjayanya kepada penghantar makanan untuk FoodPanda bagi meneruskan hidup ditengah-tengah pandemik COVID-19.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Dia pada asalnya adalah seorang pemilik perniagaan yang menjalankan perkhidmatan kedai komputer. Perniagaan yang dimulakan bersama-sama dengan tiga orang lagi ketika dia berumur 26 tahun itu berjalan baik sebelum ini sehingga memberikannya pendapatan bulanan sebanyak enam angka.

Walaubagaimanapun, ketika COVID-19 datang menjengah. Dia terpaksa membuat keputusan sukar dengan menutup perniagaannya. Tetapi masih perlu membayar RM3,000 pinjaman kepada pihak bank setiap bulan.

Dia yang sudah menjual keretanya telah memutuskan untuk membuat kerja sebagai penghantar makanan bagi memastikan dia mempunyai pendapatan yang stabil setiap bulan. Dalam tempoh PKP, dia akan bekerja sepanjang masa bagi menghantar sebanyak 300 makanan seminggu dan memperoleh sehingga RM1,000.

Dia kini gembira dengan pekerjaannya dan berjaya memperoleh pendapatan yang stabil. Dia yang sudah terbiasa dengan kesulitan dalam hidup mengatakan bahawa bekerja sebagai penghantar makanan untuk FoodPanda telah memberikannya satu rasa tekad baru dalam hidup.

Beberapa bulan lalu, seorang juruterbang terpaksa tukar kerjaya menjadi ‘runner’ akibat daripada kesan ekonomi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

Dari Mata Seorang Aktivis Teater, Kesan COVID-19 Kepada Penggiat Seni

Penjelasan Mudah Mengapa Rakyat Marhaen Berhak Dapat Bantuan Berbanding Golongan Atasan

Anda Mungkin Suka