Daripada suka-suka buat piza dari rumah sewaktu PKP yang lalu, influencer dan usahawan Jofliam telah menyertai sebuah pertandingan memasak piza di Itali baru-baru ini.

Lebih manis lagi, perjalanan yang jauh itu menjadi satu memori manis buat Jofliam dan pasukannya apabila mereka berjaya meraih tempat ke-4 dalam pertandingan memasak piza di Tutto Pizza Expo, pameran antarabangsa yang didedikasikan untuk peminat pizza seluruh dunia. Acara itu merupakan edisi keenam bagi tahun ini yang berlangsung di Napoli, Itali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik hantaran TikTok isterinya, @cikepal06 menyatakan terdapat 50 pasukan dari seluruh Itali termasuk USA dan 1 pasukan mewakili Malaysia, Jofliam Pizza Wagyu 150. Pasukan itu turut dianggotai oleh dua orang tempatan di pembuat piza itu.

@cikepal06

Sangat susah Italian 🇮🇹 nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva🤗. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia🇲🇾. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo🍕. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef 😂. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam 😘. Awak tetap champion di hati saya🥰. Haderrrrr🤣. #jofliam #cikepal #cikepal06 #han #yuki #hanyuki #makajibycikepal #makajicikepal #makaji #jofliamcikepal #jofliamcikepal06 #jofliampizzawagyu #jofliamwagyupizza #jofliampizza

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Sangat susah orang Itali nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Terima kasih Salva,” petik hantaran TikTok @cikepal06.

Tambahnya lagi, sangat susah pembuat piza yang terkenal dekat Italy nak kenal orang dari negara luar. Tapi mereka dapat kenal Jofliam dari Malaysia menerusi piza wagyu yang menjadi rebutan ramai.

Memetik hantaran Instagram @jofliam pula, beliau menyatakan dia sendiri yang mahu pergi ke pertandingan tersebut. Semua kos pembiayaan ke Itali itu dibiayai sendiri atas sebab sukarela dan minat yang mendalam.

“Untuk Salva, dia sanggup mewakili Malaysia. Ini adalah satu penghormatan untuk saya.

“Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangatlah bangga dengan Itali.

“Tapi kalau kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan pasukan saya untuk ke Malaysia, mengenali Malaysia, budaya Malaysia, orang Malaysia yang sangat budiman, keindahan Malaysia, pembangunan Malaysia, saya sangatlah berbesar hati,” ujar Jofliam dalam hantaran Instagram miliknya.

Penulis pernah merasai sendiri ‘Jofliam Pizza 150’ sebelum ini, ia sememangnya piza yang anda kena cuba sekali seumur hidup.

Walaupun agak sukar untuk mendapatkannya, namun pengalamannya kekal diingati sehinggalah hari ini.

Jika anda datang bersama rakan, penulis cadangkan anda untuk membeli dua kotak, kerana satu kotak memang tidak cukup dan silalah makan ketika piza itu masih panas-panas.