Kampung Boy merupakan antara siri animasi yang terkenal satu ketika dahulu. Sebelum diadaptasi kepaada sebuah siri animasi, ia hanyalah sebuah komik.

Bagi anda yang tidak tahu, Kampung Boy adalah kisah hidup kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat. Rupa-rupanya rumah ikonik dalam komik sebenarnya wujud dan terletak di Batu Gajah, Perak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

f4babab0f833425db0c3983fa0ee3b11

Malangnya, rumah tersebut sudah tiada lagi tetapi rumah yang sama sedang dibina semula di sebuah kampung tidak jauh dari tempat Lat membesar. Anda akan dapat lihat kehidupan dan gambaran kehidupan Lat ketika kecil di rumah tersebut apabila Rumah Lat dan Galeri dibuka hujung tahun ini.

Menariknya, pengunjung dapat mengimbau kenangan masa lalu dimana rumah tersebut akan lengkap dengan perabot yang kebanyakannya dari era sebelum Perang Dunia Kedua.

90_ent_Lat-Profile-053_WLA-2.jpg_cover

Malah, ia termasuk meja solek, meja makan, kerusi, cermin dan rak almari asal milik keluarga Lat yang digunakan untuk menyimpan rekod ketika usianya 19 tahun. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat karya Lat selama 4 dekad sejak tahun 1964 dan ini adalah lokasi pilihan buat yang suka hasil kerja Lat.

Sepatutnya rumah itu akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada bulan Julai tetapi disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan sehingga hujung 2020.

Adakah anda berasa teruja untuk berkunjung ke Rumah Lat dan Galeri? Sementara itu, kami senaraikan beberapa artikel berkaitan destinasi menarik di Malaysia yang anda mungkin berminat untuk kunjungi.

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Persis Bridge Of Peace, Ini Kecantikan Dan Keunikan Saloma Link Di Kampung Baru Yang Telah Dibuka

Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai

Sumber