Tidak dapat dinafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan semula memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah anda perasan akan kenaikan harga barang ketika berbelanja sepanjang PKPB?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hanifmz telah berkongsi gambar harga sekarung bawang. Beliau berasa terkejut dengan kenaikan harga sekarung bawang daripada RM18 kini dijual dengan harga RM27.

Ketika dihubungi, Hanif yang merupakan seorang peniaga burger cukup terkejut dengan kenaikan harga tersebut dan turut mengatakan harga sebelum pelaksanaan PKPB hanya berharga RM6.50 sahaja. Malah, harga RM18 pada gambar adalah harga ketika promosi.

Tambahnya, bukan sahaja bawang berdepan kenaikan harga tetapi barangan harian juga sama naik. Isu ini cukup membimbangkan dirinya sebagai seorang peniaga kerana apabila harga barang tidak terkawal maka peniaga akan tanggung kerugian.

Mana tidaknya, jika harga jualan dinaikkan pasti pelanggan akan lari. Difahamkan, Hanif juga telah membuat aduan kenaikan harga barang di laman sesawang KPDNHEP.

Perkongsian Hanif mencuri tumpuan netizen terutama sekali peniaga. Rata-rata meluahkan rasa sedih akan kenaikan harga ini dan juga berkongsi kesususahan mereka untuk berniaga.

https://twitter.com/muhdfahreez/status/1329040219316785153

https://twitter.com/tirohnazir/status/1329063743368486913

Bukan itu sahaja, para netizen juga mahu pihak berkuasa untuk mengawal harga agar tidak naik secara melampau kerana ia memberi kesan kepada pengguna. Kenaikan harga barang itu perkara biasa tetapi diharap masih dikawal.

Mengulas isu harga bawang yang mahal ini, seorang pembekal barang kering termasuk bawang menjelaskan bahawa ia disebabkan bekalan tidak mencukupi sejak bulan Ogos. India yang merupakan pembekal bawang terbesar dunia dilanda banjir dan menyebabkan beberapa ladang tidak dapat tuai hasil tanaman.

Oleh itu, berlakulah kekurangan bekalan dan India terpaksa hentikan eksport bawang kerana penggunaan dalam negara pun tidak mencukupi. Ketika ini, para pembekal mendapatkan bekalan bawang di Pakistan tetapi masih tidak mencukupi berikutan permintaan tinggi di seluruh dunia.

Apakah pendapat anda mengenai kenaikan harga bawang ini yang pastinya memberi kesan kepada anda? Diharap pihak berkuasa dapat memberikan solusi dan bantuan kepada rakyat berhubung isu ini.

Sementara itu, kami kongsikan artikel ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga