Rakan Korea di tempat kerja semalam ada berkongsi tentang berita seorang artis K-Pop bernama sulli membunuh diri, punca utamanya adalah kerana masalah depresi. Sulli merupakan bekas ahli kumpulan f(x) dan meninggalkan kumpulan itu pada 2014 selepas dikecam peminat dan netizen. Masalah depresinya bermula sejak dari itu.

Hakikatnya, masalah bunuh diri dalam kalangan orang Korea dan artis K-pop bukan masalah baru. Malah, Korea Selatan mencatatkan rekod negara tertinggi dalam carta rekod bunuh diri dalam kalangan negara OECD (high-income countries). Jadi, persoalannya dimanakah silapnya?

Aiman Khalid 1

Dalam Kes K-Pop ini, punca utamanya adalah kerana K-Pop itu sendiri lahir daripada sistem atau kerangka yang rosak. Dalam sistem ini, bakal artis direkrut oleh agensi sejak dari umur 12 atau 13 tahun. Mereka diminta untuk tinggal di asrama yang dimana dari situ agensi mereka akan mengawal berat dan bentuk badan mereka. Ada yang sehinggakan diminta untuk melakukan pembedahan plastik.

Artis yang dilatih, gaji mereka akan dipotong sebagai pembayaran balik upah agensi yang melatih menari, menyanyi, kos sara hidup. Keuntungan satu kumpulan kpop dibahagikan sehingga pada kadar 80 (agensi):20 (Kumpulan Kpop).

Hasil daripada sistem ini? Lahirlah artis K-pop yang kelihatan serba serbi sempurna. Ini menyebabkan peminat menjadikan mereka idola dan matlamat kehidupan. Satu standard kecantikan, kesempurnaan yang perlu dicapai oleh semua orang. Kesannya, peminat mula melakukan pembedahan plastik demi mencapai tahap kesempurnaan idola mereka. Boleh baca tentang artikel ini di sini.

Obsesi

Maka tidak pelik apabila International Society of Aesthetic Plastic Surgery; UN menyenaraikan Korea Selatan sebagai negara tertinggi kadar pembedahan plastik per capita dengan statistik menunjukkan 1 juta pembedahan plastik telah dilakukan dalam tempoh setahun. Ia bersamaan juga dengan nisbah 1 dalam kalangan 3 perempuan Korea. Pengaruh utamanya semestinya K-Pop. Mereka sentiasa merasa serba kekurangan kerana terpengaruh dengan kesempurnaan idola mereka.

Tidak cukup dengan itu, disebabkan kerangka yang rosak ini, lahirlah peminat yang fanatik. Menulis surat dengan mengunakan darah. Cubaan untuk menculik artis malah ada yang menceroboh bangunan tempat tinggal artis tersebut. Berlakulah kecam mengecam antara kumpulan peminat. Artis juga diserang mentalnya dengan cacian sekiranya bertidak dari luar kemahuan peminat.

Hasil daripada sistem ini, lahirlah masalah-masalah yang hanya ada dalam industri musik K-Pop tetapi tiada pada yang lainnya. Siapakah yang dapat untung daripada semua ini? Kerajaan Korea kerana mengunakan K-Pop untuk memperkenalkan produk-produk Korea kepada dunia. Secara tidak langsung, K-Pop berjaya membantu meningkatkan sektor pelancongan negara berkenaan.

aiman khalid
Diagram mudah bagaimana K-Pop jana wang untuk negara Korea

Sebelum saya menutup tulisan saya ini, saya belanja gambar koleksi rahang manusia yang telah berjaya di potong di sebuah klinik pembedahan plastik di korea. Memang luar biasa.

rahang

Walaupun begitu, penyanyi K-Pop tetap mempunyai fan base yang besar di seluruh dunia. September lalu, BTS melakar sejarah menjadi artis Korea Selatan pertama yang buat ucapan di PBB. Peluang yang jarang diberikan kepada artis.

BTS Lakar Sejarah Sebagai Artis Korea Pertama Berucap Di PBB

Persamaan Sultan Uthmaniyyah, Vladimir Putin Dan K-Pop Big Bang Yang Patut Dicontohi