Rekaan unik dan cantik resort terbaharu di Langkawi pastinya akan menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke Langkawi. Dash Resort Langkawi yang beroperasi dari bulan April yang lalu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad serta diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam satu majlis perasmian semalam.

Menariknya Dash Resort Langkawi memiliki dari rekaan seni bina dan hiasan dalamannya berkonsepkan kolonial Perancis dan dongeng Alice in Wonderland. Pastinya anda akan terpegun dengan kecantikkan yang ditawarkan resort ini.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Malah, baru-baru ini Dash Resort Langkawi diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards yang berprestij berikutan keunikan reka bentuknya. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan resort tersebut merupakan hotel pertama di Langkawi yang memenangi anugerah.

Dash Resort Langkawi sedia ditempat dengan harga satu malam bermula daripada RM600. Untuk menempah serta maklumat lanjut mengenai Dash Resort Langkawi, anda boleh layari laman web ini.

50

DASH-Deluxe-4-2

dd965a5b_306b_4b35_b181_b48d61589b74

da4

dash-beach-club

Anda Mungkin Suka