Baru menjejak minggu kedua pada tahun 2023, nampaknya laporan berkaitan maklumat pengguna tertiris masih berlanjutan di Malaysia. Pada kali ini, data melibatkan pengguna Maxis dilaporkan telah tertiris di internet.

Data yang mengandungi kira-kira 262,000 pengguna Maxis kini didakwa telah tertiris di forum pengkalan data Breached. Seseorang individu dengan nama actifedot mendakwa sejumlah data pengguna telah diambil menerusi laman web Maxis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Wiser

Difahamkan data tersebut juga adalah data baharu yang tidak pernah dibocorkan di mana-mana platform lagi. Format fail dalam bentuk JSON dan CSV itu didakwa mempunyai maklumat peribadi pengguna seperti nombor telefon, nama dan alamat penuh, nonbor pengenalan dan sebagainya.

Sementara itu, individu berkenaan turut mendakwa jika data tersebut dimuat turun melebihi 1,000 orang, maka pihaknya akan membocorkan sebahagian data TNB tidak lama lagi.

Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Maxis berhubung dakwaan tersebut. Diharapkan badan kerajaan turut mengambil perhatian berhubung isu tersebut kerana dilihat sangat serius.

Sumber