Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada minggu lalu, tular satu kenyataan bahawa terdapat kira-kira 33.3 juta buah kenderaan dicatatkan di seluruh negara sehingga jumlah tersebut mengatasi jumlah manusia di dalam Malaysia.

Baru-baru ini, bekas menteri pengangkutan, Liow Tiong Lai mendedahkan bahawa data tersebut merangkumi kenderaan berdaftar sejak zaman penjajahan British lagi, lapor Free Malaysia Today (FMT).

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

“Tajuk (laporan media) sangat mengelirukan. Tidak mungkin jumlah kenderaan melebihi jumlah penduduk Malaysia,” katanya kepada FMT.

Tahun lalu, ketua pengarahnya JPJ, Zailani Hashim menyatakan bahawa jabatan itu telah mentadbir 33.05 juta kenderaan dalam tempoh 75 tahun sejak ia diperbadankan pada 1 April 1946 sebagai Pendaftar dan Pemeriksa Kenderaan Bermotor (RIMV).

Sumber Gambar: New Straits Times

“Mereka mesti meletakkan fakta dalam perspektif yang betul,” katanya sambil menambah, JPJ harus memberikan gambaran sebenar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

JPJ boleh menggunakan rekod pembaharuan cukai jalan terkini untuk mengesahkan angka tersebut,” Liow menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Tambahnya lagi, beliau mencadangkan JPJ mengeluarkan ‘sijil kematian’ bagi kenderaan yang sudah tidak aktif lagi, supaya jumlah kenderaan yang masih aktif di dalam negara dapat diketahui lebih tepat.

Menurutnya juga, di Malaysia tidak mempunyai ‘polisi akhir hayat’ sesebuah kenderaan seperti yang dilaksanakan di kebanyakkan negara maju.

Sumber Gambar: MYNEWSHUB

Bekas ketua pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Abd Ghafar Yusof pula menyatakan beliau sudah beberapa kali meminta Kementerian Pengangkutan untuk menggunakan pangkalan data pembaharuan cukai jalan terkini bersama jumlah kemalangan jalan raya dan kematian yang dilaporkan sebagai salah satu indeks keselamatan jalan raya di negara ini.

“Malangnya, ia adalah percubaan yang sia-sia,” terang Abd Ghafar Yusof.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut mengenai kenaikan mendadak jumlah kenderaan sehingga mengatasi jumlah manusia di Malaysia melalui pautan di bawah.  

Jumlah Kenderaan Dalam Negara Dilaporkan Mengatasi Populasi Manusia Di Malaysia

Golongan T20 Paling Kerap Guna ‘Nombor Plat Haram’ Dan Cermin Gelap

Malaysia Tersenarai Antara Negara Dengan Jalan Raya Paling Berbahaya Untuk Memandu