Nampaknya seperti bukan rahsia lagi apabila Facebook sudah menjadi platform media sosial yang kerap berkongsi data pengguna kepada pihak ketiga. Bermula dengan isu Cambridge Analytica, Facebook sejak pada itu terus aktif berkongsi data pengguna meskipun CEO Mark Zuckerberg menafikannya.

Terbaharu, dilaporkan sebanyak 267 juta data pengguna yang terdiri daripada nama dan nombor telefon telah tersebar dan dikongsikan kepada pihak ketiga. Malah, terdapat sejumlah pengguna yang melaporkan menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali yang menyimpan data nama dan nombor telefon mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Emmanuel Macron – Mark Zuckerberg meeting in Paris
Sumber: Fortune

Lebih parah, perkongsian data daripada Facebook sekaligus membolehkan pihak ketiga mengetahui dengan lebih lanjut mengenai lokasi, minat dan mungkin pelbagai lagi melalui teknologi AI yang berteknologi daripada Facebook.

Masalah ini juga dilihat tidak akan selesai selagi mana para pengguna menggunakan Facebook memandangkan platform ini sewenang-wenangnya mengonsikan data ratusan juta pengguna.

sei_34815688-f7ed
Sumber: Metro

Maka benarlah, anda sendiri adalah produk Facebook. Tidak kurang juga iklan yang semakin ‘menakutkan’ pengguna dengan mengetahui dengan lebih mendalam apa yang dimahukan pengguna melalui apa yang dicakap dan ditulis pengguna di WhatsApp dan Instagram yang juga dimiliki Facebook.

Ketahui juga bagaimana platform Facebook hilang 15 juta pengguna sejak 2017. Klik pauntan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bagaimana Facebook Hilang 15 Juta Pengguna Sejak 2017

Facebook Digodam Lagi, Kali Ini Melibatkan 50 Juta Pengguna

Sumber