Hari ini satu berita menggemparkan telah dilaporkan di Lowyat.net mengenai kebocoran data peribadi milik lebih sejuta pelajar di universiti awam terkenal di Shah Alam. Data peribadi yang dipercayai bocor tersebut melibatkan seramai 1,164,540 data dari semua jenis kos melibatkan pelajar dan alumni dari tahun 2000-2018.

Data bocor tersebut bukan hanya melibatkan data pelajar di kampus induk bahkan juga melibatkan data peribadi pelajar di kampus-kampus cawangan yang lain. Antara data peribadi yang tertiris ialah nombor pelajar, nama pelajar, nombor MyKad, alamat, email, kod kampus, nama kampus, kod program, peringkat kos dan nombor telefon bimbit.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Menurut sumber lain, kejadian tersebut mula terjadi pada sekitar bulan Februari hingga Mac 2018 dan dikhabarkan pihak universiti tersebut juga peka dengan kecurian data tersebut.

Setakat ini, universiti awam tersebut masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan kes ini masih dibawah siasatan pihak berkuasa.

Anda Mungkin Suka