Aplikasi WhatsApp merupakan salah satu aplikasi terpenting yang perlu ada dalam setiap telefon pintar pada masa sekarang ini. Aplikasi ini dapat memudahkan orang ramai berhubung tanpa dikenakan sebarang bayaran. Tetapi disetiap kebaikan pasti akan ada keburukannya.

Menurut laporan CNN Business, hackers sedang giat berusaha dalam menggodam telefon pintar pengguna dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Penggodam menggunakan kaedah godaman dengan menghantar GIF kepada pengguna WhatsApp dan apabila kandungan GIF tersebut dibuka, penggodam akan dapat mengakses segala fail yang terdapat di dalam telefon pengguna malahan, penggodam juga dapat mengakses kepada mesej-mesej pengguna yang terdahulu.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Sumber: Sky News

Peranti yang berisiko dengan ancaman ini adalah peranti yang menggunakan Android 8.1 dan Android 9. Akan tetapi, ancaman ini kurang berkesan terhadap peranti yang menggunakan Android versi terdahulu.

WhatsApp yang kini dimiliki oleh Facebook telahpun mengeluarkan update pada bulan lalu bagi menangani masalah ini. Menurut kenyataan daripada pihak WhatsApp, tiada pengguna menjadi mangsa kepada ancaman terbaru itu.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan operasi Android terbaru dan sentiasa mengemas kini aplikasi WhatsApp ke versi terkini supaya ancaman sebegini dapat dielakkan. Pengguna boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp di Google Playstore untuk Android dan pengguna iPhone boleh mengemas kini aplikasi tersebut di App Store.

Mahu melindungi telefon pintar anda daripada sebarang aktiviti godam? Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih banyak cara untuk melindungi data peribadi anda daripada bocor.

Padam Dua Aplikasi Ini Yang Sedang Mencuri Data Peribadi Anda

Facebook Berdepan Masalah Benarkan Syarikat Seperti Netflix Dan Spotify Akses Data Peribadi Pengguna

Pencerobohan Data Dan Maklumat Peribadi. Peringatan Ini Wajar Diberi Perhatian Oleh Pengguna Internet

Anda Mungkin Suka