Rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penggodam setelah lebih 46 juta nombor telefon terlibat. Lebih parah, dikatakan aktiviti yang dilakukan oleh penggodam ini bermula sejak 2014 dan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan laporan daripada Lowyat, data peribadi yang diambil daripada penggodam termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan emel pengguna. Sebanyak 46.2 juta nombor antara yang terlibat berdasarkan bilangan 31 juta pengguna di Malaysia.

electronics-1851218_1920

Menurut laporan daripada Bryce Boland selaku CTO FireEye, beliau berpendapat hampir kesemua data pengguna di Malaysia telah digodam. Para pengguna juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati sebelum berkongsi data peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, dikatakan insiden yang berlaku ini boleh dikatakan sesuatu yang tidak baru buat pengguna sekitar Asia Tenggara. Berikutan ancaman data peribadi yang digodam, dikatakan Indonesia bakal menjadi mangsa seterusnya pihak penggodam.

Sumber