Kita baru sahaja dikejutkan dengan berita tentang kebocoran data 13 juta pelanggan Astro, Maybank dan SPR di laman penjualan data pada pagi tadi. Kini pihak unifi telah mengesahkan bahawa sejumlah data pelanggan mereka turut menimpa nasib yang sama.
Difahamkan sebanyak 250,248 data pelanggan unifi Mobile terjejas dalam pangkalan data yang dijual. Data yang tertiris termasuklah dalam bentuk nama, nombor telefon dan alamat e-mel. Pelanggan yang terjejas telah dihubungi oleh pihak unifi Mobile.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
Dalam pada itu, pihak NC4, Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan SKMM juga telah dimaklumkan mengenai insiden ini. Setakat ini, masih belum diketahui bagaimana data pelanggan yang terjejas ini berjaya dihimpunkan oleh suspek.
Pihak unifi Mobile memaklumkan kepada pengguna tiada gangguan kepada perkhidmatan berlaku disebabkan insiden ketirisan data pengguna yang berlaku. Pemantauan diteruskan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku di masa kelak.