Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah ini banyak promosi dan menu baharu yang diperkenalkan oleh syarikat makanan dan minuman di Malaysia. Antaraya ialah dua minuman edisi terhad di francais bubble tea terkenal, Chatime. Dua minuman istimewa baharu ini adalah hasil kolaborasi Chatime dengan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob.

Dua minuman yang diperkenalkan ialah ‘Bandung Sago Pearl Milk Tea’ dan ‘Cendol Sago Milk Tea’. Anda boleh dapatkan kedua-dua minuman edisi terhad ini di cawangan Chatime seluruh Malaysia dengan harga RM8.90 bermula Ramadan sehingga minggu pertama Aidilfitri.

Anda sudah cuba?