Pemain perseorangan badminton Malaysia Dato Lee Chong Wei telah menambah koleksi ke-12 beliau sempena kejuaraan terbuka Malaysia selepas mengalahkan Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil malam tadi.

Chong Wei telah menunjukkan aksi menarik pada set pertama menang 21-17. Pada set kedua pula perlawanan ini agak sengit dan ia telah membawa ke set penentuan apabila terikat 21-21. Pertarungan sengit ini berkesudahan dengan kemenangan 23-21.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk menjadi johan sebanyak 12 kali bukanlah perkara yang mudah kerana ianya memerlukan latihan lebih dan mental yang kuat, kata Dato Lee Chong Wei. Beliau juga berharap kejayaaan ini berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.

Sumber