Penyanyi nombor 1 Malaysia semalam telah mencipta rekod apabila berjaya menjual set peralatan memasak istimewa Vantage di platform jual beli digital, GoShop berjumlah RM67,000 dalam tempoh seminit.

Beliau hadir ke program tersebut dalam usaha untuk mempromosikan set Istimewa Vantage yang berjumlah RM8 juta bersamaan RM369 setiap satu set. Menurut laporan pihak produksi, beliau berjaya menjual keseluruhan 22,000 unit set istimewa tersebut dalam masa 2 jam bersiaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini telah menandatangani kontrak sebagai duta produk periuk tahan lekat tersebut pada penghujung tahun lalu dan juga merupakan pengguna setia produk tersebut.

Menurutnya, beliau sendiri telah menguji kualiti dengan menggunakan produk tersebut sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi duta. Tambahnya lagi, beliau tidak mahu menipu peminat dengan menjual produk yang tidak berkualiti. Pengaruh beliau dalam bidang seni dipercayai menjadi faktor utama pembelian penonton.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.