Pasukan bola sepak Kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Red Worriors’ merupakan di antara pasukan bola sepak yang cukup terkenal dengan semangat penyokongnya yang kuat.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Jika sebelum ini setiap kali perlawanan bola sepak, penyokong pasukan Kelantan pasti akan membanjiri stadium dengan warna merah tetapi tidak pada musim ini.

Seperti yang anda tahu, warna merah jambu merupakan warna tema bagi pasukan Kelantan selepas kelab bola sepak ini secara rasminya ditaja oleh syarikat kosmetik, Vida Beuty.

dato-vida-taja-kelantan-1

‘Tak boleh ke pakai baju warna pink?’ – Dato’ Vida

Baru-baru ini Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meluahkan perasaannya terhadap sikap segelintir penyokong pasukan Kelantan yang disifatkan sebagai gagal memberi sokongan yang sepatutnya.

Menerusi video yang disiarkan di Mstar, Dato’ Vida berasa kecewa dan sedih kerana kebanyakkan penyokong Kelantan sering dilihat memakai baju pelbagai warna setiap kali perlawanan pasukan itu.

Dato’ Vida mempersoalkan kenapa penyokong ‘The Red Worriors’ tidak mahu memakai baju warna pink, sedangkan ia merupakan warna tema untuk pasukan Kelantan pada musim ini.

Untuk mengetahui lebih banyak apa yang diperkatakan oleh Dato’ Vida, anda boleh lihat menerusi video yang kami paparkan dibawah.

Kepada penyokong pasukan Kelantan, kali ini jom kita banjiri stadium dengan warna pink! Tunjukkan semangat kesukanan anda.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group