Siapa sahaja tidak kenal dengan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang sering membuat kemunculan dalam sidang-sidang media berkait dengan urusan keselamatan negara dan juga kepolisan sebelum ini.

Dikenali sebagai seorang yang tegas dan berintegriti tinggi, Datuk Ayob Khan minggu ini mencuri tumpuan netizen apabila potongan video ucapannya ketika Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor Bulan Julai 2020 sambil membaca talkin mula dikongsikan di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video berdurasi seminit yang dikongsikan kembali netizen itu, Datuk Ayob Khan dapat didengari membacakan talkin sebagai peringatan buat anggota polis sebelum memikirkan untuk terlibat dalam aktiviti rasuah dan pembelotan.

“Bagi pegawai dan anggota polis kontinjen Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar.

“Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira amalan kita adalah benar, minum di kolam air Nabi Muhammad adalah benar.

“Syurga dan neraka adalah benar, jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot,” jelasnya dalam ucapan tersebut.

Untuk rekod Datuk Ayob Khan mula dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuatkuasa 6 Mac yang lalu dan juga merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum ini.

Anda boleh menonton perkongsian penuh ucapan beliau di Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor Bulan Julai 2020 di sini.

Polis dan masyarakat sememangnya berpisah tiada. Baca perkongsian kami mengenai lelaki ini yang mendapat ‘teguran manis’ daripada polis kerana cuba bergambar di luar sewaktu siri perintah kawalan pergerakan sebelum ini di pautan di bawah.

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Video Ziarah Polis Ini Buat Netizen Terharu, Catat Satu Juta Tontonan Di Facebook

Sumber