Datuk Bandar Kuala Lumpur semalam telah mengumumkan berita baik buat golongan bujang berpendapatan rendah yang menetap di ibu kota. Golongan ini layak untuk menikmati faedah bilik sewa serendah RM100 menerusi skim micro-housing bermula tahun ini.

Menurut Nor Hisham Ahmad Dahlan, skim tersebut diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mngurangkan beban sara hidup kumpulan B40 sekaligus membantu memudahkan golongan ini mencari bilik sewa yang sesuai dengan bajet bulanan.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

NorHisham

Inisiatif ini akan direalisasikan dengan mentransformasikan sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tunku Abdul Rahman yang akan diubahsuai kepada dua blok berasingan untuk lelaki dan wanita bujang. Unit di dalam bangunan tersebut akan diubahsuai berkonsepkan ‘capsule hotel’ yang mampu menampung seorang penghuni sekaligus menjamin privasi penyewa.

Beliau menambah bangunan tersebut mampu menampung sehingga 200 penghuni dalam satu-satu masa. Setakat ini blok tersebut sedang diubahsuai dan menelan belanja sehingga RM10 juta. Permohonan akan dibuka kepada golongan sasar dalam masa yang ditetapkan kelak.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka