Seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai mabuk dalam perjalanan Kuala Lumpur – London. Kebetulan penerbangan Malaysia Airlines itu turut dinaiki Datuk Bandar London, Boris Johnson dan delegasinya yang baru menamatkan lawatan 6 hari di Asia Tenggara.

Boris Johnson bersama pramugara dan pramugari MH2
_79485780_79485779

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penumpang itu bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kapal di dalam pesawat. Lalu 6 orang anak kapal MH2 itu menangkap dan mengikat tangannya sebelum didudukkan kembali ke kerusi penumpang. Walau bagaimanapun, penumpang mabuk itu masih bising hingga membuatkan Boris memberi amaran kepadanya bahawa dia akan ditangkap sejurus sampai ke Lapangan Terbang Heathrow, London.

Krew Malaysia Airline MH2 berjaya mengawal situasi
MH-twitter-M

Ikuti tweet dari saksi kejadian iaitu Eileen Burbidge, duta teknikal Boris Johnson mengenai kejadian tersebut. Beliau turut memuji tindakan pantas krew Malaysia Airline MH2.

Sejurus sampai di Lapangan Terbang Heathrow, penumpang mabuk itu ditangkap polis London.
_79483249_79483248

Tahniah buat Boris Johnson dan anak-anak kapal Malaysia Airlines MH2!
23B523A700000578-2858977-image-a-4_1417625965741

Sumber: DailyMail dan AstroAwani

LIKE Facebook The Vocket