Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap negara berlumba-lumba untuk segera menurunkan angka penularan COVID-19 dengan meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dikalangan rakyat negara. Sekaligus, ia dapat membentuk imuniti kelompok bagi memutuskan rantaian wabak pandemik ini.

Terbaharu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin telah mengumumkan menerusi laman web rasminya bagi penduduk yang sudah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 berpeluang memenangi sebuah kereta secara cabutan undi.

“Dari 14 Jun hingga 11 Julai 2021, sesiapa berumur 18 tahun dan ke atas yang sudah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 berpeluang menyertai undian untuk memenangi kereta,” terang Sobyanin.

Sebanyak lima buah kereta yang bernilai sekitar 1 juta rubel (RM53,404) setiap satu akan diberikan sebagai hadiah setiap minggu. Menurut beliau, tawaran ini dibuat bagi mempercepatkan program vaksinasi yang terhenti seketika ekoran peningkatan jangkitan baru di Moscow dan seluruh negara tersebut.

Memetik laporan National Post, terdapat 7,704 kes baru di kawasan Moscow yang menjadikan jumlah keseluruhan 14,723 kes untuk seluruh negara Russia setakat baru-baru ini.

Datuk Bandar Moscow turut memerintahkan ‘long weekend’ di mana penduduk setempat tidak bekerja di bandar bermula Sabtu lalu hingga 20 Jun untuk mencegah penyebaran COVID-19 yang sedang meningkat ketika ini.

“Ini hanyalah jalan penyelesaian untuk sementara waktu. Untuk mengelakkan sekatan baru dan bagi memulihkan keadaan dengan segera, program vaksinasi COVID-19 perlu dipercepatkan,” jelas Sobyanin.

Russia merupakan negara pertama dunia yang mengumumkan telah berjaya mencipta vaksin COVID-19.

Yakin Dengan Vaksin COVID-19 Dari Rusia, Presiden Filipina Tawar Diri Untuk Jadi ‘Tikus Makmal’

Saintis ‘Risau’ Dengan Keberkesanan Vaksin COVID-19 Yang Dihasilkan Rusia

Anda Mungkin Suka