Semenjak bulan lalu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor giat berkongsi pengalaman perjalanan beliau sepanjang berada dalam proses untuk menjadi angkasawan pertama negara. Melalui perkongsian video di Instagram, beliau sempat berkongsi latihan yang perlu dijalani selama berbulan-bulan sebagai persiapan untuk berlepas ke ISS.

Menerusi video terbaharu, beliau menunjukkan cara menunaikan solat di ruangan kecil di kapsul Soyuz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan ramai pengikut beliau yang bertanya mengenai persoalan seperti waktu solat, cara berwuduk dan cara menentukan kiblat, beliau juga telah berkongsi satu post yang menerangkan fatwa yang telah diluluskan oleh piha JAKIM untuk rujukan angkawasan negara pada masa akan datang.

Anda boleh subscribe YouTube Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk menonton lebih banyak perkongsian pengalaman beliau bergelar angkasawan pertama negara.