Dua bulan lalu Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih mengenai atlet negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang disahkan mengalami kanser hidung dan dibawa untuk menjalani perubatan di Taiwan.
Pada hari ini, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi kembali ke media bagi menjelaskan isu terkini yang dihadapinya. Menurut laporan, beliau kini semakin pulih terhadap penyakit yang dihadapinya dan menariknya bakal positif untuk kembali ke gelanggang bermula Disember ini.
I am slowly but surely recovering, and will continue to train to play in the court once again. Thanks to all the media for coming. Thanks to @BA_Malaysia for their support. And my family for their love & care on my decision to play for my country 🇲🇾 pic.twitter.com/aTRoBgxKYJ
— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) November 8, 2018
Lebih hebat, beliau sudahpun menjalani latihan sejak dua minggu lalu sebagai persediaan sempena kejuaraan yang bakal ditempuh selepas ini. Tahniah diucapkan buat Datuk Lee Chong Wei diatas semangat juang beliau yang tinggi. Kami mengucapkan selamat berjaya buat wira badminton negara.