Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Indeks Kebahagian Rakyat Malaysia (MHI) diwujudkan dalam mengukur tahap kebahagiaan rakyat di sesebuah negeri. Tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01- 4.00 tidak bahagia; 4.01- 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.

Menerusi laporan MHI 2021 yang dikeluarkan, kedudukan Kelantan sebagai negeri kelima dalam senarai membuktikan negeri tersebut memiliki rakyat yang bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Sumber: Focus Malaysia

Laporan tersebut mendapat perhatian Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di mana Kelantan yang meraih markah 7.0 dan jauh meninggalkan Selangor membuatkan beliau membandingkan dua negeri tersebut.

“Kelantan termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang hati walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.

“Kita dapat skor 7.0 berbanding Selangor mendapat markah 5.0 iaitu jauh berbeza memandangkan negeri itu kaya, hasil bumi banyak, namun rakyatnya tidak bahagia,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia secara sebuah negara meraih markah 6.48 bagi MHI 2021. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MHI 2021 itu dibuat berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Dalam pada itu, Mohd Amar menasihatkan rakyat Kelantan untuk berfikir dengan baik serta tidak mengikut perasaan sekiranya terdapat pihak yang mendesak mahu menukar pentadbiran negeri tersebut.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

Gara-Gara Tidak Palingkan Muka Sewaktu Salam, Seorang Lelaki Ditampar Pesara Tentera TLDM