Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan sebentar tadi. Beliau bakal memulakan tugasnya bermula 1 Mei 2016 untuk tempoh lima tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata beliau yakin gabenor baru itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Muhammad dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 2010. Beliau adalah graduan Universiti Harvard.

Ikuti berita lanjut di Berita Harian.