Ratu Skuasy negara Malaysia Datuk Nicol Ann David telah diundi sebagai ‘GOAT’ iaitu greateast of all time oleh peminat skuasy diseluruh dunia. Pemain yang berusia 35 tahun ini mengalahkan pemain legenda New Zealand, Susan Devoy dan pemenang 16 tahun British Open Heather McKay.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengundian ini telah dibuat di laman web PSA World Tour pada bulan Ogos lepas. Bekas pemain skuasy nombor 1 dunia iaitu Jahangir Khan dari Pakistan pula dipilih pemain terbaik untuk lelaki. Untuk rekod, Nicol pernah berada di kedudukan pertama dunia selama 109 bulan berturut-turut dari 2006 hingga 2015 sekaligus menjadikan beliau individu yang memegang tempoh rekod terpanjang.

Melalui di Twitter Datuk Nicol Ann David beliau terkejut kerana terpilih mendapat pengiktirafaan ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada peminat beliau. Tahniah diucapkan buat Datuk Nicol Ann David diatas pencapaian beliau sepanjang bergelar pemain squash negara.