Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Majalah Kewangan Bulanan yang berpangkalan di United Kingdom, The banker telah mengiktiraf kreadibiliti dan kemampuan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Yunus sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia-Pasifik 2019.

Datuk Nor Shamsiah tersenarai dalam kategori segmen anugerah “Central Banker of the Year” bersama Gabenor terbaik Dunia dan Eropah, Boris Vujcic dari Croatia, Gabenor terbaik Timur Tengah, Mohammad Y Al-Hashel dari Kuwait dan Gabenor terbaik Afrika, Abdellatif Jouahri dari Maghribi.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
capture-20190105-105351

sumber: the banker

Biarpun baharu sahaja menjawat jawatan tersebut namun, kejayaan beliau dalam membuat perubahan drastik dalam rangka kewangan negara termasuk usaha pembasmian kemiskinan dan transformasi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bukan itu sahaja, penglibatan beliau dalam siasatan skandal 1MDB telah menjadi salah satu ciri yang melayakkan beliau terpilih sebagai Gabenor terbaik Bank Pusat Asia-Pasifik. Keputusan untuk menurunkan had Laporan Transaksi Tunai Harian (CTR) juga dipuji dalam siaran artikel bulan tersebut.

Pemilihan beliau untuk memegang jawatan tersebut sememangnya tepat sehingga Malaysia berjaya menerima pengiktirafan dari Bank Dunia sebagai negara yang menunjukkan tanda awal sebagai negara berpendapatan tinggi. Tahniah Datuk Nor Shamsiah.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka