Sebut mengenai pereka fesyen tersohor tanah air iaitu Datuk Rizalman Ibrahim, pasti seluruh Malaysia cukup mengenalinya. Berjaya menempa nama selama hampir 30 dalam bidang fesyen serta menjadi pilihan selebriti antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.

Siapa sangka, Datuk Rizalman yang masih berusia 49 tahun pada tahun ini memilih untuk mengundurkan diri daripada dunia fesyen. Keputusan yang dibuat ini diumumkan pada malam tadi di atur cara Kesuma Jiwa 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B8zN6rZJj14/

Difahamkan sebab utama beliau memilih untuk mengundurkan diri dalam bidang fesyen adalah bagi memberi ruang dan masa dalam mempersiapkan dirinya sebelum dijemput Yang Maha Esa. Dikatakan pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda antara menjentik keinsafan buat diri beliau.

Meskipun selepas ini tidak lagi aktif sebagai pereka fesyen, legasi dan jenama Rizalman Ibrahim bakal diteruskan oleh Faizul Uzair yang sudah 15 tahun setia mendampinginya sebagai pembantu. Keputusan yang dibuat ternyata mengejutkan ramai apatah lagi rakan artis yang pernah beliau bekerjasama.

Pada bulan ini kita dikejutkan dengan pemergian dua artis tanah air iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Sumber