Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bakal bertanding kerusi di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah sah meletak jawatan.

Pengumuman ini dibuat pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi. Menurut kenyataan Datuk Danyal, “Saya sedia mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan itu (Port Dickson) dan beliau menerimanya dan bersedia bertanding di Parlimen Port Dickson.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut mengesahkan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, awal hari ini. Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, kawasan Parlimen berkenaan dipilih setelah dimaklumkan dan dipersetujui oleh rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan.

Parlimen Port Dickson sebelum ini dimenangi Danyal Balagopal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dengan majoriti 17,110 undi.