Datuk Seri Nazir Razak baru-baru ini telah dikaitkan mengenai pengunduran jawatannya sebagai pengerusi CIMB Group.

Kontrak beliau yang bakal tamat pada Ogos 2019 ini bakal ditentukan oleh dirinya serta ahli lembaga pengarah sama ada beliau mahu terus menerajui CIMB ataupun sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The Rakyat Post

Mengulas mengenai spekulasi yang berlaku, Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Mantan Perdana Menteri Ke-6 mengatakan beliau masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya bersama CIMB Group.

Tun Daim selaku ahli majlis tertinggi turut mengulas dimana Datuk Seri Nazir Razak mempunyai pilihan untuk berundur dengan lebih awal mahupun sebaliknya.

Sumber: Kwiknews

Untuk pengetahuan, beliau sudahpun berkhidmat bersama CIMB selama 29 tahun termasuk 15 tahun sebagai CEO sebelum dilantik menjadi pengerusi bank kedua terbesar Malaysia ini.

Dalam pada itu, spekulasi melalui mesej berantai dimana CIMB telah melantik pengerusi terbaru adalah tidak benar sama sekali.

Sumber