Servis sewaan kenderaan secara mudah alih nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kini. Hanya dengan menggunakan aplikasi, para pengguna sudah berpeluang menyewa kenderaan yang tersedia di kawasan berdekatan dengan mudah.

Platform seperti ini nampaknya turut ditawarkan oleh startup tempatan melalui syarikat Urban Mobility Asia Sdn Bhd menerusi aplikasi yang dinamakan sebagai Moovby.

ad10f3af8d5749a4a9386f91d6b447c5
Sumber: wapcar

Dalam usaha untuk meluaskan lagi jaringan bisnes, syarikat ini telah melantik Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 7 Julai lalu.

Perlantikan individu ternama ini dilihat sebagai calon yang layak melihatkan pengalaman beliau yang meluas dalam industri automotif selepas berjaya menjawat jawatan di Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Hicom Holding Bhd, Petroliam Nasional Bhd serta Proton Holdings Bhd.

Berdasarkan perlantikan yang dibuat, Syed Zainal menyatakan perubahan perkongsian ekonomi telah menyaksikan Moovby menjadi pelopor perkongsian kereta setara P2P di Malaysia serta turut memaparkan inovasi dan kesediaan syarikat itu dalam menawarkan penyelesaian.

Setakat tahun ini, Moovby sudah berjaya melebarkan sayap ke Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Bali menerusi 3,000 kereta. Bukan itu sahaja, beberapa daerah lain turut ditawarkan dimana syarikat ini sudah mampu menawarkan jumlah sewaan sebanyak 20,000 kenderaan seluruh Indonesia.

Tular pada minggu ini apabila model terbaru yang bakal dilancarkan Proton iaitu X50 bakal dilancarkan dengan harga serendah RM75,800 sahaja.

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?

JPJ Tawar Diskaun 70% Untuk Bayaran Saman Kompaun Mulai 1 Ogos 2020

Sumber