Setelah sah Robert Pattinson diumumkan sebagai Batman yang baharu, kini peminat mahukan Dave Bautista pula untuk menyertai projek ‘The Batman’ .

Semuanya bermula apabila peminat berteka-teki watak manakah yang bakal jadi musuh Robert Pattinson nanti. Seorang peminat di Twitter mencadangkan Bautista untuk watak Bane sekiranya Bane membuat kemunculan dalam siri berkenaan.

Bautista yang sememangnya aktif di Twitter menjawab kembali cadangan berkenaan dengan tweet “I Accept!”.

Jika sebelum ini Tom Hardy berjaya membawa watak Bane, ianya pasti tidak menjadi masalah untuk Bautista. Bautista mempunyai fizikal yang jauh lebih agam dan sasa berbanding Tom Hardy menjadikan beliau calon terbaik untuk watak Bane.

Harapnya ada wakil Warner Bros yang melihat tweet Bautista ini dan menjadikan beliau Bane yang baharu. Harapnya Bane dapat buat ‘Bautista Bomb’ pada Batman nanti.