Guardians of the Galaxy Vol. 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi setelah difahamkan bahawa pengambaran filem itu sudah pun berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun, apa yang sedih adalah filem ini bakal menjadi filem terakhir buat Dave Bautista yang memegang watak sebaga Drax the Destroyer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Bautista menyatakan bahawa dia sukar untuk mengungkapkan ayat yang sesuai bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Drax.

“Ia berakhir begitu tiba-tiba dan saya menonton filem seterusnya sebelum saya dapat memproses semuanya. Berakhirnya perjalanan yang mengubah hidup saya.”

Sebelum ini, Bautista memberitahu Ellen Degeneres bahawa dia tidak lagi akan berperan sebagai Drax selepas filem “Guardians” yang ketiga.

“Anda tahu, perjalanan ini telah menjadi bulatan penuh dan saya bersedia untuk mengakhiri dan menyelesaikannya. Saya tidak fikir [saya meninggalkan MCU] akan menjadi tajuk berita kerana saya fikir semua orang sudah mengetahuinya.

“Beginilah cara ini berfungsi — kami bekerja dalam trilogi, dan James Gunn telah pun mengumumkan bahawa ia adalah filem terakhirnya dan apabila James selesai, saya sudah selesai,” katanya.

Bautista sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk menarik diri dari filem ini selepas James Gunn dipecat daripada kerusi pengarah oleh Disney akibat ciapan lucu yang dibuatnya beberapa tahun lalu.

Beliau konsisten menyokong Gunn dan menentang Disney dan enggan turun ke set pengambaran selagi Gunn tidak dipanggil semula untuk mengarahkan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang bakal ditayangkan pada 5 Mei 2023.

Apa sebenarnya yang terjadi pada penamat ‘Avengers: Infinity War’? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Apa Sebenarnya Yang Terjadi Pada Penamat ‘Avengers: Infinity War’?

Vin Diesel ‘Terlepas Cakap’, GOTG Bakal Muncul Dalam Thor: Love and Thunder

Lihat Adegan Spider-Man Dan Dr Strange Selamatkan Ahli GOTG Yang Dipadam Dalam Infinity War