Billonaire dan businessman dari keluarga yang sangat berjaya di dunia, David Rockefellar meninggal dunia semalam di usia 101 tahun. David merupakan cucu terakhir business mogul John. D Rockefeller. John D Rockefeller adalah tycoon minyak yang menubuhkan Standard Oil Company di kurun ke-19 yang menjadikan beliau billionaire pertama di Amerika dan kini keluarganya adalah yang paling kaya dan berpengaruh di Amerika Syarikat dan dunia.

David merupakan anak bongsu daripada 6 cahaya mata Rockefeller Jr. Menjadi anak yang masih hidup di antara 6 beradik, David lah yang menjaga harta peninggalan keluarga dan mengetuai bisnes yang dibangunkan oleh datuknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Keluarga John D Rockefeller

Keluarga Rockefeller terkenal dengan kehebatan dalam bidang bisnes dan juga dikenali sebagai keluarga yang banyak menderma. Berbeza dengan abangnya-abangnya yang suka menderma, David lebih mementingkan bisnes dan menyokong capitalism. “Kapitalis di Amerika membawa lebih pulangan kepada semua dari mana-mana sistem lain yang ada di dalam dunia ini. Masalahnya sistem ini semakin tidak efficient daripada apa yang ia sepatutnya dijalankan,” kata David.

David juga terkenal dalam bidang seni. Pernah pada suatu masa, nilai koleksi seni yang beliau miliki adalah pada USD500 juta. Keluarga Rockefeller mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Museum Of Modern Art di New York. David sepanjang hidupnya dikatakan telah bertemu dengan lebih 200 pemimpin dunia dalam usahanya mengekalkan kepentingan keluarga Rockefeller di seluruh dunia.

Kekayaan keluarga Rockefeller dianggarkan pada US$392 billion. Pemergian David ini tidak bermaksud pengaruh Rockefeller akan lenyap. Segala bisnes Rockefeller akan diganti oleh pemerintahan keluarga mereka yang seterusnya digelar the cousins.

Sumber