Selepas perbincangan yang dibuat berdasarkan insiden tempoh hari,akhirnya lesen operasi Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar telahpun dibatalkan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar Mohd Zain berkata jawatankuasa yang membincangkan isu itu, yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Datuk Ibrahim Yusoff Jumaat lepas dengan membuat keputusan membatalkan lesen restoran ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau berkata lagi pembatalan lesen hanya untuk kawasan cawangan Bangsar sahaja manakala cawangan lain sekitar Lembah Klang masih lagi dibuka. Pembatalan lesen ini berikutan tersebarnya video 30 saat di media sosial mengenai beberapa pekerja di restoran ini telah membasuh, menggosok dan membilas lopak air bersebelahan longkang.

Selain itu juga Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan tiga notis pengendalian makanan terhadap Restoran Banana Leaf Raj kerana tidak mempunyai vaksin untuk pekerja dan tidak menghadiri latihan pengendalian makanan.

Dengan kejadian ini kami mengharapkan para pengusaha restoran menitikberatkan kebersihan dan kesihatan pekerja serta mengambil iktibar dari kejadian Restoran Raj’s Banana Leaf.

Baca lagi: Lee Chong Wei Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bersama Raj’s Banana Leaf

Sumber