Semangat menyambut kemerdekaan pada tahun ini boleh dikatakan sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini orang ramai tertumpu kepada kawasan Dataran Merdeka, namun tahun ini Jalan Tunku Abdul Rahman dan sepanjang Jalan Raja Laut sesak dengan lautan manusia.

Walaupun kisah ini pasti membanggakan, namun ada benda yang kurang enak terjadi sepanjang sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu hantaran terbaharu di Facebook meluahkan rasa kecewa dan berang dengan sikap segelintir pengunjung yang hadir ke pertunjukan perarakan hari kemerdekaan semalam kerana telah merosakkan persekitaraan.

Dalam muat naik semalam, kelihatan pokok-pokok yang ditanam oleh pihak DBKL di sekitar kawasan perarakan hancur musnah dipijak oleh pengunjung. Beberapa gambar dapat dilihat di mana tanah yang sebelum ini mempunyai tumbuhan, kini rata setelah dirosakkan oleh pengunjung yang hadir.

“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul,” kata DBKL.

Hantaran tersebut turut mendapat kecaman dari pengguna maya yang jelas tidak berpuas hati dengan pengunjung yang tidak bertanggungjawab merosakkan tanaman tersebut.

Untuk rekod, selepas 2 tahun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 disambut meriah oleh rakyat Malaysia.

Menjengah ke media sosial, orang ramai didapati telah mula membanjiri Dataran Merdeka seawal pukul 4.30 pagi bagi menyertai sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka.

Gigih berkumpul seawal jam 4 pagi di Dataran Merdeka, rakyat Malaysia teruja sambut hari kebangsaan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Gigih Berkumpul Seawal Jam 4 Pagi Di Dataran Merdeka, Rakyat Malaysia Teruja Sambut Hari Kebangsaan