Baru-baru ini penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza telah pun melancarkan muzik video rasmi untuk lagu terbarunya yang berjudul Siapa Tak Mahu di YouTube.

Baru sahaja dimuat naik pada 16 Oktober lalu, muzik video berkenaan yang turut dibintangi pelakon Mira Filzah itu sudah pun mencatat lebih satu juta tontonan di platform berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda merupakan salah seorang daripada sejuta yang telah menonton muzik video berkenaan, pasti anda akan menyedari dan mungkin terpegun dengan rumah agam mewah yang digunakan dalam video tersebut.

ct
Tangkap layar muzik video Siapa Tak Mahu. Sumber: YouTube Siti Nurhaliza

Tidak ubah seperti lokasi yang sering dimuatkan dalam muzik video dan filem luar negara, rumah agam yang kelihatan penuh fantasi itu sebenarnya berada di Malaysia. Atau lebih tepat lagi di Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur hari ini melalui satu hantaran mengenai kisah di sebalik rumah agam berkenaan di akaun Facebook mereka.

“Mesti semua orang telah menonton video klip terbaru Siti Nurhaliza kan?

“Lokasi yang digunakan dalam video klip tersebut adalah Rumah Tangsi yang terletak di Lot 10, Jalan Tangsi,” kongsi DBKL.

rumah1
Pandangan sisi hadapan rumah agam di Jalan tangsi . Sumber Foto: Youtube Mzn Mhd

Apa yang menarik?

Menurut DBKL, Rumah Tangsi yang terletak di Jalan Tangsi (Barack Road) itu pada suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Rumah Agam Loke Chow Kit dan telah dibina sejak 1903 lagi.

Oleh kerana faktor usia dan sejarahnya yang tersendiri, rumah agam itu juga telah diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan oleh Jabatan Warisan Negara pada 2012.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa bangunan tersebut masih kelihatan baru walaupun sudah berusia lebih seratus tahun.

Hal ini adalah kerana rumah agam ini telah pun melalui proses pemuliharaan yang telah siap dilakukan pada 2017 seperti dikongsikan melalui video montaj di bawah.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur *bersama sepasukan perunding dan kontraktor* telah menjalankan proses pemelihara dan pemuliharaan bangunan ini sebagai satu usaha untuk mengekalkan bangunan-bangunan warisan di bandaraya ini.

“Bangunan warisan ini amat penting untuk kita semua menghayati dan mengenali identiti dan jatidiri kita,” jelas mereka.

Jadi buat anda yang teringin untuk melihat rumah agam berkenaan dengan lebih jelas dan menghayati sendir keindahan rumah agam warisan ini, apa kata anda tonton video yang telah dikongsikan DBKL ini.

Baca juga perkongsian kami mengenai istana dalam filem Crazy Rich Asian yang difahamkan didaftarkan dibawah nama Tunku Mahkota Johor di pautan di bawah.

TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion

Rumah Agam Milik Jho Low Di Los Angeles Dijual Dengan Harga RM161 Juta

Sumber