Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial di mana orang ramai mengeluh dengan kadar gaji yang tidak setimpal di Malaysia. Selain itu, kos sara hidup yang semakin meningkat antara yang membuatkan terdapat individu dan keluarga mengalami tekanan ekonomi.

Meskipun sebelum ini pihak kerajaan telah menetapkan had gaji minimum RM1,500 bagi syarikat yang memenuhi syarat, kenaikan yang diumumkan masih gagal menarik perhatian golongan pekerja atas beberapa faktor.

Baca Juga:

Terbaharu, tular di Facebook sebuah perkongsian jawatan kontrak di bawah Personel MySTEP Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedia menerima calon-calon yang berkelayakan untuk hadir temu duga pada 18 Oktober ini.

Dalam pada itu, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah tawaran gaji yang ditawarkan iaitu RM1,600 sebulan dengan syarat pemohon sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran tambahan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tawaran kerja dengan syarat sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran adalah keterlaluan. Terdapat netizen yang membandingkan tawaran kerja yang ditawarkan kepada warga asing yang menawarkan sistem bayaran tambahan jika bekerja lebih masa.

Tidak kurang juga memuji tawaran kerja yang diiklankan DBP kerana tanpa berselindung yang memaklumkan tiada bayaran lebihan diberikan untuk bekerja lebih masa.

Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Sehubungan dengan itu, para netizen berharap DBP mempertimbang semula tawaran yang ditawarkan agar tidak membebankan bakal pekerja yang berminat untuk memohon tawaran kerja berkenaan.

Sumber