Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merancang untuk menjadikan wilayah Phuket sebagai pusat pertama pembangunan tulisan jawi dan bahasa Melayu di Selatan Thailand. Menurut Bernama agensi itu akan melatih guru-guru tulisan jawi dalam kalangan penduduk setempat untuk mengajar sistem ejaan Jawi terkini secara lebih sistematik.

“Guru-guru ini yang bertindak sebagai duta DBP akan mengajar tulisan jawi serta mempromosikan penggunaan bahasa Melayu di wilayah selatan Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada peringkat awal tumpuan kita adalah Phuket sebelum berkembang ke enam wilayah Andaman iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun,” kata Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Abang Salehuddin berkata kebanyakan penduduk di sini (Phuket) mengetahui asas-asas tulisan Jawi tetapi matlamat utama DBP adalah untuk menonjolkan sistem ejaan Jawi baharu yang digunakan di Malaysia.

Nikmati perjalanan menakjubkan ke Thailand menaiki keretapi mewah hanya dengan RM12,000. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Nikmati Perjalanan Menakjubkan Ke Thailand Menaiki Keretapi Mewah Hanya Dengan RM12,000

Ini Senarai Makanan Halal Yang Anda Boleh Cuba Di 7-Eleven Thailand

Bakal Berlaku Pembunuhan Beramai-Ramai Di Thailand Tahun Depan? Ini Yang Anda Perlu Tahu