DC atau dikenali sebagai Detective Comic yang terkenal penerbitan watak-watak adiwira seperti The Flash, Superman, Batman dan Wonder woman mengumumkan bakal mengeluarkan laman penstriman seperti Netflix.

Laman penstriman ini bakal menampilkan cerita-cerita drama siri dan filem terbitan mereka. Kepada pengguna yang melanggan pula mereka akan menerima konten tambahan seperti komik eksklusif ciptaan mereka.

Antara senarai cerita drama baharu yang diumumkan bakal ditayangankan di laman striman ini ialah Doom Patrol, Titan, Harley Quinn, dan Young Justice: Outriders Season. Manakala siri yang lama seperti Batman: The Animated Series, Teen Titans, Static Shock, Lois Lane and Clark Kent, Young Justice dan Wonder Woman 77 akan ada untuk dilanggani.

Menurut ketua Bahagian DC entertainment Jim Lee memberitahu pengenalan laman striman ini untuk peminat DC mencari cerita kegemaran dan watak adiwira mereka suka. Mereka turut menghasilkan drama baharu seperti Titans. Servis ini bakal dilancarkan pada musim luruh ini dan versi beta pula boleh dimuat turun pada bulan Ogos ini laman DC Entertainment.